Saturday, June 29, 2013

Teaser : Kids Menu


Spiral macaroni with vegetables soup 



Lempeng gula enau

Easy Lasagna

Bahan-bahannya :
1 paket Minced chicken/beef - I guna jenama Ramly
1 tin Button mushrooms - any brand will do
1 mangkuk Mix vegetables - you may skip this if you don't fancy it
1 1/2 tin spagetti puree - I guna Kimball
2-3 ulas bawang putih - dicincang halus
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa

(bahan-bahan diatas adalah untuk inti)

Instant lasagna - I guna San Remo - rendam dalam air panas untuk lembutkan
Mozarella cheese - I guna yang jenis blok, lagi sedap :)
Parmesan - grated type
1 1/2 tin mushroom soup - I guna jenama Campbell - ini sebagai white sauce

Cara membuat inti:
Panaskan sedikit minyak masak, dan kemudian masukkan bawang putih.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan spagetti puree, kemudian minced chicken/beef.
Separa masak, masukkan cendawan.
Biarkan masak dan masukkan mix vegetables.
Rasa dan tambah garam ikut citarasa anda.

Mula membuat lasagna :
Sapukan sedikit sup cendawan (campbell) pada loyang.
Susun instant lasagna dalam loyang.
Tuangkan inti, ratakan.
Ratakan sedikit sup cendawan (campbell) dan kemudian, taburkan keju mozarella (cubit-cubitkan)
Selepas itu, susun instant lasagna dalam loyang dan ulangi langkah seterusnya sehingga inti habis.
Lapisan paling atas selepas inti dan sup cendawan, taburkan keju mozarella dan grated parmesan.
Bakar di dalam ketuhar selama 10-15 minit, sehingga keju cair dan kekuningan.

***Inti lasagna boleh dipelbagaikan dengan makanan laut, atau sayur-sayuran yang anda gemari.

Friday, June 28, 2013

What u need to know about lasagna?

As salam...

Well, when you baked a lasagna, you will certainly think and imagined the origin where the recipe came from...Yes, Italy.  Italians are very fond of cheese and pasta.  Lasagna is one of the most famous, most delicious and easy to make dish...I love to bake this for my kids, they love it very much.

From my observations, thru reading and also research about Sunnah Food, lasagna have the most of the list. Cheese, chicken, beef or lamb, milk, mushrooms, gandum...and of course, dalam setiap menu yang kita sediakan, kita boleh saje improvise...masukkan habbatus sauda, olive dan macam-macam lagi atas niat sunnah... :)

Makanan Sunnah ini sudah tentulah banyak khasiatnya, hidden khasiatnya.  Antaranya :

Susu : Hindari dari penyakit lupa, membuang panas badan, menguatkan tulang belakang, meningkatkan daya ingatan.
Cendawan : Bagus sebagai makanan merancang keluarga dan bagus untuk mata.
Zaitun : Menjaga kesihatan rambut dan kulit, merawat radang perut dan melambatkan proses penuaan.
Keju : Ia bagus sebagai antibodi dan juga mengawal infeksi terutama di dalam mulut (gusi dan gigi), membekalkan kalsium serta mengelakkan alergi.

Serta banyak lagi...the list will go on.  In shaa Allah, I will share some food facts especially on Sunnah Food dalam entry-entry akan datang.  Ikut recipe okay...so that, we will realised that, setiap resipi dan menu yang kita hidangkan itu, always ada nilai sunnahnya...In shaa Allah.

Til then...as salam. 

Thursday, June 27, 2013

Teaser : Next post :)



Apple Crumble Pie

Bahan-bahannya :
Apples - hijau atau merah.  Buang kulit dan potong dadu.
Kulit kayu manis
Gula perang - ikut selera
Sedikit air kosong

(Bahan-bahan diatas satukan dalam bekas, masukkan di dalam oven atau masak atas dapur.  Ini adalah untuk caramelised apple)

Apabila bahan tersebut sudah mula masak, epal empuk, masukkan setengah cawan air kosong yang dicampurkan dengan 1 sudu teh custard.  Masak seketika sehingga pekat.

Crumble :
1 cawan tepung gandum
Setengah cawan gula perang
50 gram butter/marjerin sejuk
1 cawan biskut marie (yang siap dihancurkan) atau oatmeals

Cara buat crumble :
Satukan semua bahan-bahan diatas.
Dengan menggunakan tangan kanan, ramas semua bahan, biarkan sampai halus seumpama adunan tepung kering. (serbuk halus berkasar-kasar)
Jangan terlalu lama menguli, kerana tidak mahu seperti doh membuat roti pula.

Cara membuatnya:
1. Masukkan caramelised apple di dalam loyang/caserole (buang kulit kayu manis)
2. Taburkan crumble atasnya.
3. Masukkan ke dalam oven antara 10-15 minit sehingga permukaan perang.

***Hidangkan.



Nutella Ravioli

Bahan-bahannya:
Kulit wan tan - bersaiz sederhana
Nutella - almond & cocoa spread
Rice bubbles/bananas/raisins - choose ikut selera masing-masing
Minyak untuk menggoreng

Inti :
Campurkan sahaja Nutella with rice bubbles.
***Sekiranya guna pisang, potong pisang kecil-kecil dan campurkan dengan Nutella.  Begitu juga sekiranya anda menggunakan Raisins.

Cara membuatnya:
1. Bentangkan kulit wan tan.
2. Dengan menggunakan sudu teh, ambil sedikit inti dan letakkan di tengah-tengah kulit wan tan.
3. Lipat kulit tersebut berbentuk segitiga.
4. Ulang langkah hingga inti habis.
5. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng seketika sehingga kekuningan.

***Hidangkan ketika panas.  Rangup dan sangat enak.

Wednesday, June 26, 2013

Oyster sauce chicken

Bahan-bahannya : untuk 5 pax
3 ketul Ayam- bahagian thigh-drumstick - dipotong mengikut stail masing-masing
Setengah botol besar sos tiram - jenama yang digunakan Nona
Halia - 10 cm- dipotong halus

(bahan-bahan diatas adalah bahan perapan ayam)

3 biji kentang - dipotong 4
2 ulas bawang besar - dipotong bulat
Beberapa biji cili padi - kalau mahu pedas
2 ulas bawang putih - dicincang halus - untuk menumis
4 ulas bawang merah-dicincang halus - untuk menumis
Minyak masak
Segelas air kosong- jika perlu

Cara membuatnya :
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah diperap bersama sos tiram dan halia.
3. Masukkan kentang. Tutup kuali.  Biarkan seketika sehingga ayam dan kentang empuk.
4. Tambahkan sedikit air sekiranya kuah terlalu pekat.  Ikut selera anda.
5. Sekiranya ayam dan kentang masak, masukkan bawang besar dan cili padi.
6. Biarkan seketika dan tutup api.


***Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

Teaser next post ! :)

 Pic : Internet - Oyster Sauce Chicken



Nutella Ravioli

Caramel Gula Enau


Bahan-bahannya :
Gula enau (boleh guna gula melaka sekiranya tiada guna enau) yang telah dicairkan. Sejukkan.
Setin susu cair 
8 biji telur ayam gred B atau A
1 sudu teh tepung kastard
Setin air kosong (ikut ml dari tin susu cair)

***Loyang & periuk pengukus

Cara membuatnya :
Gula enau yang telah dicairkan itu, masukkan dalam loyang.  Sejukkan.
Pukul telur bersama susu cair. 
Masukkan air kosong (ikut saiz tin susu cair itu)
Kacau rata.
Masukkan pula satu sudu teh tepung kastard.  Kacau sebati.
Masukkan bahan tersebut ke dalam loyang yang berisi gula enau.  Guna penapis (supaya lendir dan ketulan tepung tidak masuk dalam adunan tersebut).
Kukus selama 20-25 minit.  Jangan terlalu lama.

***Sejukkan sebelum dihidangkan.

Tiramisu Biscotti : AFC style

Bahan-bahannya :
250gm Mascarpone cheese
3 biji telur ayam - diasingkan kuning dan putihnya
50gm gula kastor - dipukul bersama tiga butir kuning telur tadi.
Secubit garam - jika suka
Serbuk koko
Biscotti @ Tiramisu Biscuits - bilangan mengikut besarnya loyang yang anda gunakan
Secawan bancuhan espresso (atau nescafe/indocafe/coffee kegemaran anda)

Bahan untuk dipukul :
Gula kastor dipukul bersama 3 butir kuning telur - hingga sebati
Garam dipukul bersama 3 butir putih telur - hingga kembang dan tidak berair lagi

Cara membuatnya :
Mascarpone cheese dipukul bersama adunan gula kastor + kuning telur
Adunan mascarpone itu, dicampur pula dengan adunan putih telur tadi.  Gunakan teknik meraup sehingga bahan sebati.

Mula :
Susun biscotti di dalam loyang dan kemudiannya, basahkan dengan bancuhan kopi (hanya basahkan biscotti, jangan banjirkan loyang :))
Layer dengan aduna mascarpone dan taburkan sedikit serbuk koko.
Mulakan langkah pertama, iaitu dengan menyusun biscotti, basahkan dengan kopi dan layerkan dengan adunan mascarpone serta taburkan serbuk koko.
Ulangkan langkah hingga adunan mascarpone habis.  Lapisan paling atas adalah taburan serbuk koko.

***Sejukkan di dalam fridge selama 20 minit sebelum dihidangkan.

Pic : Resipi Tiramisu Nigella


Eggs + Potatos with gravy

Bahan-bahannya : ( for 5 pax)
5 biji telur ayam - digoreng mata kerbau
3 biji kentang bersaiz sederhana - digoreng garing setelah dibelah 4
2 ulas bawang besar - dipotong bulat dan digoreng garing bersama kentang.

(3 bahan diatas dihidangkan bersama dalam pinggan)

Sos :
2 ulas bawang putih- dicincang halus
3 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan 2 gelas air biasa
2 sudu teh kicap lemak masin - dicampur bersama bancuhan tepung jagung tadi.
Minyak masak
Lada hitam - jika perlu

Bahan tambahan :
Roti putih/wholemeal

Cara membuat sos :
Tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan bancuhan tepung jagung + kicap tadi.  Kacau hingga licin.
Sekiranya mahu pedas, renjiskan sedikit lada hitam.

***Makan bersama telur goreng, kentang dan bawang, tuangkan sedikit sos itu.  Makan bersama roti bakar atau biasa.




 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by D Sharon Pruitt