Bahan-bahannya :
1 paket Minced chicken/beef - I guna jenama Ramly
1 tin Button mushrooms - any brand will do
1 mangkuk Mix vegetables - you may skip this if you don't fancy it
1 1/2 tin spagetti puree - I guna Kimball
2-3 ulas bawang putih - dicincang halus
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
(bahan-bahan diatas adalah untuk inti)
Instant lasagna - I guna San Remo - rendam dalam air panas untuk lembutkan
Mozarella cheese - I guna yang jenis blok, lagi sedap :)
Parmesan - grated type
1 1/2 tin mushroom soup - I guna jenama Campbell - ini sebagai white sauce
Cara membuat inti:
Panaskan sedikit minyak masak, dan kemudian masukkan bawang putih.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan spagetti puree, kemudian minced chicken/beef.
Separa masak, masukkan cendawan.
Biarkan masak dan masukkan mix vegetables.
Rasa dan tambah garam ikut citarasa anda.
Mula membuat lasagna :
Sapukan sedikit sup cendawan (campbell) pada loyang.
Susun instant lasagna dalam loyang.
Tuangkan inti, ratakan.
Ratakan sedikit sup cendawan (campbell) dan kemudian, taburkan keju mozarella (cubit-cubitkan)
Selepas itu, susun instant lasagna dalam loyang dan ulangi langkah seterusnya sehingga inti habis.
Lapisan paling atas selepas inti dan sup cendawan, taburkan keju mozarella dan grated parmesan.
Bakar di dalam ketuhar selama 10-15 minit, sehingga keju cair dan kekuningan.
***Inti lasagna boleh dipelbagaikan dengan makanan laut, atau sayur-sayuran yang anda gemari.
0 comments:
Post a Comment