Wednesday, June 26, 2013

Tiramisu Biscotti : AFC style

Bahan-bahannya :
250gm Mascarpone cheese
3 biji telur ayam - diasingkan kuning dan putihnya
50gm gula kastor - dipukul bersama tiga butir kuning telur tadi.
Secubit garam - jika suka
Serbuk koko
Biscotti @ Tiramisu Biscuits - bilangan mengikut besarnya loyang yang anda gunakan
Secawan bancuhan espresso (atau nescafe/indocafe/coffee kegemaran anda)

Bahan untuk dipukul :
Gula kastor dipukul bersama 3 butir kuning telur - hingga sebati
Garam dipukul bersama 3 butir putih telur - hingga kembang dan tidak berair lagi

Cara membuatnya :
Mascarpone cheese dipukul bersama adunan gula kastor + kuning telur
Adunan mascarpone itu, dicampur pula dengan adunan putih telur tadi.  Gunakan teknik meraup sehingga bahan sebati.

Mula :
Susun biscotti di dalam loyang dan kemudiannya, basahkan dengan bancuhan kopi (hanya basahkan biscotti, jangan banjirkan loyang :))
Layer dengan aduna mascarpone dan taburkan sedikit serbuk koko.
Mulakan langkah pertama, iaitu dengan menyusun biscotti, basahkan dengan kopi dan layerkan dengan adunan mascarpone serta taburkan serbuk koko.
Ulangkan langkah hingga adunan mascarpone habis.  Lapisan paling atas adalah taburan serbuk koko.

***Sejukkan di dalam fridge selama 20 minit sebelum dihidangkan.

Pic : Resipi Tiramisu Nigella


0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by D Sharon Pruitt