Bahan-bahannya :
Gula enau (boleh guna gula melaka sekiranya tiada guna enau) yang telah dicairkan. Sejukkan.
Setin susu cair
8 biji telur ayam gred B atau A
1 sudu teh tepung kastard
Setin air kosong (ikut ml dari tin susu cair)
***Loyang & periuk pengukus
Cara membuatnya :
Gula enau yang telah dicairkan itu, masukkan dalam loyang. Sejukkan.
Pukul telur bersama susu cair.
Masukkan air kosong (ikut saiz tin susu cair itu)
Kacau rata.
Masukkan pula satu sudu teh tepung kastard. Kacau sebati.
Masukkan bahan tersebut ke dalam loyang yang berisi gula enau. Guna penapis (supaya lendir dan ketulan tepung tidak masuk dalam adunan tersebut).
Kukus selama 20-25 minit. Jangan terlalu lama.
***Sejukkan sebelum dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment