Thursday, June 27, 2013

Apple Crumble Pie

Bahan-bahannya :
Apples - hijau atau merah.  Buang kulit dan potong dadu.
Kulit kayu manis
Gula perang - ikut selera
Sedikit air kosong

(Bahan-bahan diatas satukan dalam bekas, masukkan di dalam oven atau masak atas dapur.  Ini adalah untuk caramelised apple)

Apabila bahan tersebut sudah mula masak, epal empuk, masukkan setengah cawan air kosong yang dicampurkan dengan 1 sudu teh custard.  Masak seketika sehingga pekat.

Crumble :
1 cawan tepung gandum
Setengah cawan gula perang
50 gram butter/marjerin sejuk
1 cawan biskut marie (yang siap dihancurkan) atau oatmeals

Cara buat crumble :
Satukan semua bahan-bahan diatas.
Dengan menggunakan tangan kanan, ramas semua bahan, biarkan sampai halus seumpama adunan tepung kering. (serbuk halus berkasar-kasar)
Jangan terlalu lama menguli, kerana tidak mahu seperti doh membuat roti pula.

Cara membuatnya:
1. Masukkan caramelised apple di dalam loyang/caserole (buang kulit kayu manis)
2. Taburkan crumble atasnya.
3. Masukkan ke dalam oven antara 10-15 minit sehingga permukaan perang.

***Hidangkan.



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by D Sharon Pruitt