Wednesday, June 26, 2013

Oyster sauce chicken

Bahan-bahannya : untuk 5 pax
3 ketul Ayam- bahagian thigh-drumstick - dipotong mengikut stail masing-masing
Setengah botol besar sos tiram - jenama yang digunakan Nona
Halia - 10 cm- dipotong halus

(bahan-bahan diatas adalah bahan perapan ayam)

3 biji kentang - dipotong 4
2 ulas bawang besar - dipotong bulat
Beberapa biji cili padi - kalau mahu pedas
2 ulas bawang putih - dicincang halus - untuk menumis
4 ulas bawang merah-dicincang halus - untuk menumis
Minyak masak
Segelas air kosong- jika perlu

Cara membuatnya :
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan ayam yang telah diperap bersama sos tiram dan halia.
3. Masukkan kentang. Tutup kuali.  Biarkan seketika sehingga ayam dan kentang empuk.
4. Tambahkan sedikit air sekiranya kuah terlalu pekat.  Ikut selera anda.
5. Sekiranya ayam dan kentang masak, masukkan bawang besar dan cili padi.
6. Biarkan seketika dan tutup api.


***Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by D Sharon Pruitt