Bahan-bahannya : ( for 5 pax)
5 biji telur ayam - digoreng mata kerbau
3 biji kentang bersaiz sederhana - digoreng garing setelah dibelah 4
2 ulas bawang besar - dipotong bulat dan digoreng garing bersama kentang.
(3 bahan diatas dihidangkan bersama dalam pinggan)
Sos :
2 ulas bawang putih- dicincang halus
3 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan 2 gelas air biasa
2 sudu teh kicap lemak masin - dicampur bersama bancuhan tepung jagung tadi.
Minyak masak
Lada hitam - jika perlu
Bahan tambahan :
Roti putih/wholemeal
Cara membuat sos :
Tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan bancuhan tepung jagung + kicap tadi. Kacau hingga licin.
Sekiranya mahu pedas, renjiskan sedikit lada hitam.
***Makan bersama telur goreng, kentang dan bawang, tuangkan sedikit sos itu. Makan bersama roti bakar atau biasa.
Western Theme First Birthday Party
4 years ago
0 comments:
Post a Comment